Nov 1, 2006

::adik-adik kita::


Adik-adik kita akan menempuh alam peperiksaan tak lama lagi. SPM dan STPM, bukan calang-calang tu. Peperiksaan besar peringkat menengah yang telah saya dan anda semua tempuh.

Saya sering diingatkan kedua mak dan ayah untuk sering memantau adik bongsu saya. Dia bakal menghadapi SPM pada tahun ini. Saya lakukan mana yang mampu. Selalunya saya rasa bersalah sebab tak banyak masa saya di rumah. Hidup di kampus menjauhkan kami secara fizikal.

[Saya sendiri banyak habiskan masa dengan program motivasi di luar bersama adik-adik orang lain, sedang adik saya sendiri memerlukan saya]

Lalu, saya guna cara lain. Saya banyak dekatinya waktu pulang bercuti. Pada waktu begitu, saya kerah otak, untuk mencari jalan menjadi sahabat baik kepada adik saya sendiri. Pulang dari sekolah saya sendiri ambil, buat banner Maulud Nabi bersama dan jadual kelas pun saya sanggup hulur tangan.

[Saya nampak hasilnya, kami makin rapat kini. Walaupun tak semua rahsianya saya tahu, namun kami makin akrab. Dan, itu dah buat saya gembira]

Memang bukan mudah nak menjadi seorang yang peramah dengan ahli keluarga sendiri. Ya kan? Kita lebih rapat dengan kawan-kawan sebaya, dengan orang luar. Bak kata Dr Ika dalam Filem Buli "kita selalu akan menyembunyikan kelemahan kita dari orang yang rapat dengan kita, (sebab) kita taknak dikenali sebagai seorang yang lemah"

..saya anggukkan aja. Sebab setuju.

Ada sahabat pernah bertanya bagaimana nak menjadi sahabat baik adik sendiri, jika mereka tak pernah pun buat begitu sebelum ni..

Ikut ilmu dan pengalaman saya, kaedah kepercayaan diri adalah satu cara yang telus dan baik untuk diguna. Maknanya, kita kena dekati adik-adik dulu. Dekati dengan apa yang mereka suka. Bantu mereka untuk melihat diri mereka sebagai seorang yang punya kelebihan dan potensi diri.

Jangan malu untuk memberi mereka galakan. Galakan dan dorongan buat mereka percaya pada kita. Mereka percaya ada yang hargai mereka. Itu akan buat mereka lebih yakin dan percaya pada diri mereka sendiri. Bila mereka dah percaya, maka nasihat kita adalah buah kemanisan yang mereka akan sering tunggukan. Kita akan jadi sebagai satu contoh yang baik.

Inilah amanah. Saya sendiri, dalam kesibukan di kampus, masih cuba mendekati adik dengan cara sendiri. Lebih suka untuk meyakinkan dia untuk terus berusaha. Yakinkan dia bahawa peluang untuk berjaya masih terbuka banyak. Dia aja yang kena tentukan, nak atau tak nak- berjaya atau tidak.

Untuk semua, doakan adik-adik kita.. Moga mereka berjaya dalam peperiksaan dan kehidupan mendatang. Jangan biar adik-adik kita mencari teman yang salah, kelak impaknya bakal membarah pada maruah keluarga pula. Na'uzubillah.

[ingat, ini bukan perkara mudah, sebab remaja dah jelekit sangat dengan dunia member sebaya, kata-kata kita mungkin akan jadi angin lalu aja. Sabarlah, dekati adik-adik dengan cara berhikmah]

Adik adalah tanggungjawab setiap kita. Bukan sekadar untuk menasihat, tetapi untuk menegur dan menjadi karibnya. Kita tak nak adik-adik kita rapat lebih pada anasir jahat, berkawan tak tentu hala dan menjadi 'mati' tanpa tujuan. Adik-adik, tanggungjwab kita semua.

-teman-temankan adik-adik kita :)

1 comment:

mira said...

"Memang bukan mudah nak menjadi seorang yang peramah dengan ahli keluarga sendiri. Ya kan?"

iya, benar.. best la entri ni. boleh dicuba. sebab dah tau bukan saya saja yang rasa begitu :) mekasih along!